Saturday, 2 April 2016

Prison Fellowship



Prison Fellowship merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan(NGO) berdaftar yang aktif memberi ceramah pemulihan dan bimbingan kepada penghuni di dalam penjara. Selari dengan program pemulihan banduan yang dirancang oleh Jabatan Penjara Malaysia organisasi ini telah banyak memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan program pemulihan banduan. Disamping membantu dalam bentuk ceramah,  pihak Prison Fellowsip juga tidak mengabaikan aspek kebajikan penghuni penjara dengan memberi pelbagai sumbangan peralatan ataupun barangan untuk kegunaan penghuni penjara.

Pengarah Penjara Sandakan PKP Zulkifli  Bin Abdul Manah bersama dengan Mr Edmund Kumar dan Mr Joseph Lee dari Prison Fellowship

Gimik penyampaian  sumbangan mesin pengering daripada Prison Fellowship sempena sambutan Hari Krismas Penjara Sandakan.

Sumbangan berbentuk dua buah mesin pengering pakaian kepada Penjara Sandakan


Sumbangan barangan kegunaan harian
Dari kiri: Dr Yap Fook Yam, PKP Zulkifli Bin Abdul Manah, Mr Joseph Lee, TPP Ardiansyah Bin Malmod dan PPP Tsen Fan Look@Christopher
Pemberian cenderahati dari Penjara Sandakan kepada pihak Prison Fellowship atas bantuan dan sokongan yang berterusan terhadap aktiviti pemulihan banduan yang dijalankan.

Penjara Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Prison Fellowship diatas sokongan dan bantuan  berterusan yang diberikan.

Link: http://pfmalaysia.org/sandakan-chapter-donation-to-the-prison/



Thursday, 3 December 2015

Kerjasama Penjara Sandakan dengan Pejabat Pertanian Sandakan.

Pada 2 Oktober 2015, YS PKP Zulkifli Bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan, telah membuat kunjungan muhibbah ke Pejabat Pertanian Sandakan. Objektif utama kunjungan adalah untuk menjalin hubungan kerjasama dari segi khidmat nasihat dan kepakaran Pejabat Pertanian Sandakan, dalam membantu memperkasa dan mengupayakan tanaman sayur di Penjara Sandakan. Hasrat dan aspirasi beliau adalah ingin menjadikan Penjara Sandakan sebagai Penjara Agro. Hasil daripada kunjungan tersebut, Pejabat Pertanian Sandakan , telah berbesar hati memberi sumbangan berupa peralatan pertanian, baja dan  pelbagai biji benih untuk tanaman sayur. Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh En. Jumaat bin Ibrahim, Ketua Pejabat Pertanian Sandakan kepada PKP Zulkifli bin Abdul Manah Pengarah Penjara Sandakan, disaksikan oleh TKP Hj. Suria bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah / W.P Labuan dalam Majlis Dialog bulan Oktober yang diadakan pada 22 Oktober 2015 di Dewan Taman Wira, Penjara Sandakan. Pihak Penjara Sandakan mewakili Jabatan Penjara Malaysia secara keseluruhannya, merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah amnya dan Pejabat Pertanian Sandakan khususnya. Semoga sumbangan khidmat nasihat dan tunjuk ajar seumpama ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.


Lawatan Muhibbah ke Pejabat Pertanian Sandakan
Majlis Penyerahan sumbangan peralatan pertanian, baja dan pelbagai biji benih sayur
 daripada Pejabat Pertanian Sandakan
  
Antara sumbangan daripada Pejabat Pertanian Sandakan
                           
Tanaman Sayur di Penjara Sandakan


Monday, 23 November 2015

Penjara Sandakan dulu dan kini.

Gambar Lama  Penjara Sandakan
Dibina pada tahun 1950-an
Jalan Buli Sim-Sim
90000 Sandakan
Sabah
Penjara Sandakan ditubuhkan pada tahun 1950-an di Jalan Buli Sim-sim, berhadapan dengan pangkalan Polis Marin Sandakan. Bangunan ini terletak kira-kira 1 Kilometer dari Pusat bandar Sandakan. Struktur bangunan ini diperbuat daripada kayu.

 Penjara Sandakan
Peti Surat 1469
90716 Sandakan
Sabah
Bangunan baru Penjara Sandakan telah di bina di Batu 5 Sibuga pada tahun 1979, dengan keluasan tanah 14.5 ekar meliputi bangunan pejabat dan perumahan kakitangan. Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1981 dan beroperasi dengan kekuatan seramai 30 orang pegawai dan 60 orang penghuni. Penjara Sandakan telah melelui banyak proses perubahan dan penambahbaikan dari segi aspek keselamatan dan program pemulihan selaras dengan Visi dan Misi menjadikan Jabatan Penjara Malaysia sebagai Peneraju Korektif bertaraf dunia.