Prison Fellowship merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan(NGO) berdaftar yang aktif memberi ceramah pemulihan dan bimbingan kepada penghuni di dalam penjara. Selari dengan program pemulihan banduan yang dirancang oleh Jabatan Penjara Malaysia organisasi ini telah banyak memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan program pemulihan banduan. Disamping membantu dalam bentuk ceramah, pihak Prison Fellowsip juga tidak mengabaikan aspek kebajikan penghuni penjara dengan memberi pelbagai sumbangan peralatan ataupun barangan untuk kegunaan penghuni penjara.
 |
Pengarah Penjara Sandakan PKP Zulkifli Bin Abdul Manah bersama dengan Mr Edmund Kumar dan Mr Joseph Lee dari Prison Fellowship |
 |
Gimik penyampaian sumbangan mesin pengering daripada Prison Fellowship sempena sambutan Hari Krismas Penjara Sandakan. |
 |
Sumbangan berbentuk dua buah mesin pengering pakaian kepada Penjara Sandakan |
 |
Sumbangan barangan kegunaan harian
Dari kiri: Dr Yap Fook Yam, PKP Zulkifli Bin Abdul Manah, Mr Joseph Lee, TPP Ardiansyah Bin Malmod dan PPP Tsen Fan Look@Christopher |
 |
Pemberian cenderahati dari Penjara Sandakan kepada pihak Prison Fellowship atas bantuan dan sokongan yang berterusan terhadap aktiviti pemulihan banduan yang dijalankan. |
Penjara Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Prison Fellowship diatas sokongan dan bantuan berterusan yang diberikan.
Link:
http://pfmalaysia.org/sandakan-chapter-donation-to-the-prison/
No comments:
Post a Comment